Khamis, 23 Oktober 2008

Petua

PETUA PETUA WARISAN MELAYU

hally menulis "Barah Rahim - Gaulkan sebati gambir, getah keladi gatal, air asahan akar pokok melur susun dan akar pokok melur biasa, buih gumpalan pokok pengaga besi dan pengaga biasa dan air asahan kemenyan putih. Lumurkan campuran tersebut ke rahim memalui lubang faraj.
Bengkak Gusi - Campurkan gambir dan ibu kunyit hidup serta didihkan. Air rebusan yang telah suam boleh buat berkumur. Lakukan tiga kali sehari, bengkak akan pulih dengan segera.
Kurap - Campurkan satu camca gambir dengan empat camca pati santan tua dan sapukan pada kurap, untuk beberapa hari berturut-turut. Penyakit itu akan sembuh.
Gatal Keladi - Untuk mengelakkan gatal keladi, masukkan beberapa kacipan pinang ke dalam rebusan atau masakan.
Gigi Kuat - Mengunyah secebis kacipan pinang akan menambah kuat lagi gigi, selain dari amalan mengosoknya sebelum masuk tidur.
Jeragat - Buah pinang masak dikupas kulitnya dan dikacip isinya. Sapukan kacipan pinang tersebut pada kulit muka yang bertompok-tompok hitam. Lakukan dua kali sehari sehingga betul-betul pulih.
Karat Gigi - Sebiji pinang tua dikeringkan dan kacip halus. Goreng sangan (tanpa minyak) hingga hangus. Gunakan serbuk pinang tersebut untuk menggosok gigi dengan jari telunjuk semasa menggosok, hasilnya karat akan hilang dan gigi akan bertambah putih.
Kembung dan Senak Perut - Pinang muda ditumbuk halus dicampurkan dengan hati abu, arang dari puntung kayu dan cucur atap dan bedakkan pada perut.

Kurus Badan - Buah pinang dihiris tipis dan jemur hingga kering. Tumbuk lumat menjadi serbuk. Rendamkan semalaman setengah sudu teh kedalam air panas dan minum keesokan harinya dan petang bersama hampasnya. Selama dua minggu badan akan menjadi kurus dan langsing.
Mabuk - Pinang muda dikunyah bagi menghilangkan rasa mual dan mengelakkan muntah.
Minda - Amalan mengunyah secebis pinang juga boleh menguatkan daya fikir dan kosentrasi minda seseorang.
Penyakit Kuning - Ambil tujuh biji buah pinang masak yang telah luruh dari pohannya dan kupas kulit. Kacipkan isinya nipis-nipis dan jemurkan hingga kering. Gorangkan kacipan tersebut dengan minyak masak hingga kehitaman dan tumbuk hingga halus seperti serbuk kopi. Ambil satu sudu teh dan campurkan ke dalam air pansa, minum dua kali sehari hingga sembuh.
Sawan - Daun pandan yang kering dipohonnya, bakar dan ambil abunya serta campurkan dengan air pinang. Sapukan keseluruh badan sebagai bedak.


Zahir Batin - Telur ayam tiga biji ambil kuningnya, lada sulah tujuh biji, bawang merah sebiji, bawang putih seulas, mayang pinang sedikit, gaharu dikikiskan sedikit, digiling halus dan dicampurkan ramuan tersebut dengan kuning telur ke dalam mangkuk putih yang telah dituliskan rajah ini | |di dalamnya sebelum diminum. Memperbanyakkan air mani dan menguatkan alat kelamin lelaki.
- Ambil pucuk dan buah manjakani, hati pinang muda, ditumbuk lumat-lumat dan gaulkan dengan minyak lenga (minyak bijan) dan kukuskan. Ramuan tersebut hendaklah dimakan ketika tengah malam, ia mengurangkan air pada alat kelamin wanita, nescaya bertambah nikmat.
Pacat Lintah - Bawalah sedikit tembakau apabila saudara ke dalam hutan atau sawah. Sekiranya anda digigit pacat atau lintah ambil sedikit tembakau dan celupkan kedalam air, serta perah dan titikkan airnya ke atas gigitan pacat atau lintah yang melekat itu. Untuk beberapa ketika pacat atau lintah akan tanggal dengan sendirinya dari kulit. 
Tahan Darah - Lembabkan segumpal tembakau ke dalam air bersih, dan tepekkan ke atas luka yang sederhana serta balutkan dengan kain bersih. Biarkan dan jangan gerakkan bahagian yang mengalami luka. Darah akan terhenti dengan sendirinya.
Bingung - Minum air rebusan limau nipis dan bunga cengkih setiap pagi.
Gigi Lubang - Giling halus bunga cengkih, balutkan dengan kapas dan sumbatkan ke dalam gigi yang lubang atau titiskan minyak bunga cengkih sahaja, kesakitan akan reda.
Masalah Haid - Rebuskan sepuluh kuntum bunga cengkih, lima biji limau purut dan sepotong nanas batu. Amalkan minum air rebusan ini, suku gelas sebanyak dua kali sehari. Kedatangan haid akan teratur, hentikan setelah darah haid berhenti.
- Rebuskan 3 liter air, tiga biji limau purut, 11 kuntum bunga cengkih dan tawas sebesar jari telunjuk hingga mendidih. Minum airnya setelah dingin ketika tiba masa haid.
- Giling lumat sebuku ibu kunyit, ketumbar, buah pala, jintan hitam, bunga cengkih, kiambang dan daun seri gading. Rebuskan ramuan tersebut sampai mendidih. Tapiskan air rebusan tersebut sebelum meminumnya. Amalkan dua atau tiga kali seminggu.
Medu/Gastrik - Amalkan minum air rebusan yang dicampur dengan bunga cengkih.
Menguatkan Hati - Amalkan minum susu lembu asli yang telah dimasak dengan campuran bunga cengkih dan madu lebah asli.
Mual dan Pening - Kemam atau hisap bunga cengkih dan mamah sedikit kemenyan putih.
Muntah-muntah - Rebuskan segelas air dengan beberapa kuntum bunga cengkih dan minum airnya ketika suam tanpa gula.
Nafas - Ambil sekuntum bunga cengkih hidup atau yang telah kering dan kunyah, nafas anda akan berbau harum.

- Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih.
kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. lakukannya tigahari sekali.
Peti Sejuk - Untuk menghilangkan bau yang kurang enak, masukkan segelas kecil bunga cengkih kedalamnya selain daripada seketul arang kayu.
Radang Hati - Minum susu kambing yang dicampur dengan bunga cengkih dan madu asli. Susu tersebut hendaklah dipanaskan setiap pagi dan petang.
Sakit Gigi - Giling halus beberapa kuntum bunga cengkih, bunga lawang, asam gelugur, halia dan lada. Sumbatkan pepesan tersebut ke dalam gigi yang lubang. Keredaan sakit gigi akan beransur pulih.
Selsema - Rebuskan jus halia, bunga cengkih, kulit kayu manis dan lada sulah dengan sukatan sama banyak (satu sudu besar) kedalah 1liter air. Minum air rebusan tersebut ketika masih suam.
Sembelit - Buah manjakani, buah pala, bunga lawang dan bunga cengkih digiling halus kesemuanya. Bahagikan kepada tiga bahagian sama banyak. Minum sebanyak tiga pagi bersama air suam yang dicampurkan dengan madu dan telur ayam.
Semut - Masukkan beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam bekas berisi gula bagi mengelakkan semut. Semut akan hilang dan gula berbau harum.
Zahir Batin - Masakkan bunga cengkih dengan minyak zaitun dan biarkan sejuk. Sapu dan urutkan minyak tersebut pada alat kelamin lelaki beberapa ketika sebelum bersetubuh. Hasilnya kelazatan yang tidak terhingga serta mempercepatkan inzal wanita.
- Buah pala, bunga cengkih dan daun kertau ditumbuk lumat. Sapukan pada alat kelamin lelaki sebelum bersetubuh, ia menjadi bertambah kuat.


Kiriman pada Thursday, March 22 @ 12:33:18 MYT oleh hally
http://ppdkualakangsar.edu.my/portal/modules.php?name=News&file=article&sid=15

Tiada ulasan:

Catat Ulasan