Jumaat, 28 November 2008

Tidoq dalam baih

mohd nor wrote:
Assalamualaikum, sebelum aku tidog, ni cerita aku untuk hampa yg maseh belum tidog.

Semasa keputusan SPM kita di umumkan dulu, aku maseh dudok di Penaga. Aku naik bas UTC seorang diri.. Oleh kerana aku suka duduk di belakang semasa dalam kelas, naik bas pun aku suka duduk di bangku belakang. Bas yang aku naik tu bas yang last sekali sampai di stesen bas Alog Setag lebeh korang jam 11.00 malam. Oleh kerana aku tak tau nak pi mana malam tu, dan duit poket pun cukup untuk tambang pergi balik serta makan satu hari saja, aku pon ambil keputusan tidog dalam bas saja. Bila bas sampai dan semua orang termasuk drebar dan konduktor bas turun, aku sembunyi di kerusi belakang. Bila aku dah pasti "line clear", aku pun berbaring atas kerusi panjang dalam bas tersebut. Malam tu punya la panaih, maklumlah kurang angin di stesen bas tu. Perot keroncong jangan kira la.. lapag, tambah dengan nyamok yang banyak. Tapi aku tak sedeh, sebab aku tau ramai lagi orang yg susah tidog di stesen bas hari-hari. Aku dari tingkatan 1 sampai tingkatan 3 adalah budak Pengakap sekolah men.Dato' Onn Butterworth, telah dilatih dengan kehidupan yg mencabar. ( tu sebab aku masa muda dulu kuruih ). Takat nak masak, sebut saja dari kari telog rebuih sampai kari ikan temenung semua aku expert.

Malam tu sampai pagi jam 6.00, aku cuma tidog-tidog ayam saja. Bila konduktor bas masuk dalam bas untuk sapu sampah dalam bas, dia nampak aku dan senyum saja. Dia paham aku bukan budak jahat. Dia tengok moka aku pun boleh kenai budak baik ka jahat, masa tu lah......


sekian coretan buat kali ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan