Friday, November 28, 2008 4:26 AM
From:
"Stephen Collins"
To:
tikedah@yahoogroups.com
Assalamu'alaikum warrahmatullahi wabarakatuh.
Syukur alhamdulillah genap 40 hari masuk gua jadi ditakdirkan Allah keluar dengan jalan yang diredhaiNya- --gitulah yang diharap insyAllah. Allah saja yang tahu eluk tegha mana usaha tersebut.
Pagi tadi satu famili pi berlumba jog-a-thon selama 5k. Usaha menderma pada yang papa kedana maklumlah la ni beribu orang di sekitar kota kami tiba2 jatuh miskin dek kerana dipecat kerjanya atau business bankrap. Kuasa Allah Maha Adil...rahsia jatuhnya martabat negara ini di mata dunia. Allah hu la illa ha illa huwa. Seramai lebih 33,000 orang berlari pagi ni alhamdulillah. Harap tu depa dapat kumpul barang sejuta dollar untuk membiayai orang susah dan miskin di musim sejuk ni. InsyAllah. Ada la sekerat dua orang Muslim menyertainya. Alhamdulillah.
Lepaih berlumba pi ke masjid--depa ada conference selama beberapa hari alhamdulillah. Ramai anak2 muda mai alhamdulillah. Jugak ramai ibubapa serta anak kecil mereka. Penuh satu masjid alhamdulillah. Syahdu rasanya.
Selepas 'Asr ada jemputan makan di rumah teman. Pi la ziarah sat sebab kalau tak tunjuk muka sat ni depa merajuk. Dah lah selama bertapa tu tak dapat penuhi jemputan terawal sebab nak kawal iman dan taqwa. Allah hu'aalam. Kali ni syukurlah yang mana ALlah tak redha tu, dijauhiNya. Alhamdulillahi rabbil'alamin.
Ditakdirkan Allah semasa di masjid ada satu berita disampaikan dek tok imam. Beberapa keluarga dari Iraq akan bermusafir beberapa bulan di Sacramento. Lima pasangan ibu dan anak. Subhanallah. Anak2 menderita kebakaran letupan bom di ceruk kampung sana. Tok imam bertanya: Siapakah di antara kamu sanggup memberi tempat berlindung kepada para musafir ni?
Allah Maha Esa. Mak Ngah tak nampak berapa tangan diangkat dek kaum Adam sebab musala depa dipsiahkan oleh dinding dari pandangan wanita. Lama juga Mak Ngah menunggu reaksi depa. Hmmmm....entah2 tak dak siapa mau menerima? Kalau gitu jadinya, apakah nasib si papa kedana yang terpaksa kembara tu? Kesian kat depa.
Jadi Mak Ngah suruh anak2 tunggu tepi pintu, biar Mama pi jenguk sat kot lerah musala lelaki nak bertanya apakah status sebenarnya situasi ni. Tunggu la selama mana Allah takdirkan, sorang pun tak tegur Mak Ngah. Malu kot--Allah saja yang tahu. Nak buat camna? Mak Ngah ni tak beropa gheti malu, subhanallah. ..apalah perangai tak eluk ni? Jadi Mak Ngah bagi salam pada teruna yang lintas lalu: bolehkah adik pi tanya imam samada permintaannya itu sudah dipenuhi atau tidak? Dia kata: setahu saya tidak. Tunggu di sini. Saya pi keloi tok imam.
Tunggu la selama mana yang Allah takdirkan--sehingga terasa segan silu pasai para Adam lalu lalang, tak tau Mak Ngah nak tenguk tang mana jadi dok renung permaidani saja la.
Alhamdulillah 20 minit kot agaknya dok tunggu melangut di situ baru tok imam keluar.
Selepas berucap salam dia pun kata cuma dua orang saja yang mahu jadi tuanrumah. Mahukah awak pelawa?
Allah hu la illa ha illa huwa. Segala yang terjadi itu Qada dan Qadr Allah Subhanahuwataala. Mana bisa diri ini menolak berkat dariNYA.
Iya, jika itu yang Allah izinkan, kami sekeluarga sudi jadi penaung pada seorang ibu dan anaknya. Alhamdulillah. Mungkin selama sebulan dua atau enam bulan lamanya.Allah hu'aalam.
Diberi peluang berkhidmat untuk adik Ruha, usia 7 tahun, dari kampung di luar kota Baghdad. Mangsa letupan bom (tak tau samada mangsa bom pembunuh diri atau bom dari kereta kebal Amerika). Melecur satu badan. Menderita. Tak tau hebat tegha mana lecurannya (tapi bila kena mai rawat di sini dianggap kritikal kot).
Akan dibela, disembuhi dan dirawat secara percuma oleh hospital spesialis kanak-kanak dekat rumah kami. 15 minit saja jauhnya. Alhamdulillah adanya rezeki pada mereka setelah mengharungi perit hidup di negara yang gawat sentiasa.
Mungkinkah ini rahsia Allah Subhanahuwataala yang menghidupkan keinginan untuk diri ini masuk bertapa--supaya tidak sia-sia hidup ku di dunia? Allah hu'aalam.
Mungkinkah Maha Suci Ia tahu sedalam mana atau secetek mana iman di dada lalu diujiNya dengan macam2 jenih pengembaraan? Allah hu la illa ha illa huwa. Ada teman di sini sebut: kamu ni Hasnizah sentiasa ada2 saja sesuatu luarbiasa terjadi pada anda?
Hmmm....bukankah Allah Taala kuasaNYA itu sememangnya LUARBIASA?
Mak Ngah dok berharap agar ujian ini ada baiknya untuk iman dan Islam kami sekeluarga. InsyAllah. Nak buat camna? Dah minta dua'a kat Maha Suci Ia nak cari pelita rumahtangga jadi mungkinkah ini caranya Allah hantar tanda2NYA?
Dok berharap sangat2 agar Allah Maha Agung kurniai segala yang terbaik di dunia dan di akhirat, dan dilindungiNya daku dari api neraka. Sedar sangat betapa banyaknya dosa. Kalau kirapun....hmmm, sampai maut mai mungkin tak habih mengira agaknya.
Satu famili la ni dengar tak sabar menunggu baraqah Ilahi yang akan berkunjung ke sini. Minggu depan hari Rabu nak temui pengurus hospital dan berkenalan dengan para perawat di sana. Depa nak tunjuk ajar pelbagai cara membela si ibu dan si anak yang kembara ni. MasyAllah... ..Maha Adil Maha Suci Allah. Tok imam dan ahli masjid pun akan ke sana. Sama2lah kami cuba berusaha memenuhi fardhu kifayah. InsyAllah.
Rumah Mak Ngah dan Pak Ngah ni paling sederhana namun akan kami cuba sediakan ruang kecil ini sebagai mahligai dunia tempat berlindung kedua musafir. InsyAllah.
Harap tu tidak menyusahkan depa berdua--maklumlah orang pendatang mungkin takut nak menyusahkan kita, sedangkan kita takut nak kecilkan hati depa. Depa dah la merana dan papa kedana, udah tu terpaksa berubat di tempat yang terlalu asing dan terlalu berbeda adatnya. Namun, Allah Maha Kaya....jika itulah yang Allah mahu maka kami rela. Allah hu la illa ha illa huwa.
Dek kerana mahu membela mereka berdua, sekarang ni Mak Ngah minta izin dari kalian semua---tak apa kah kalau selama 6 bulan akan datang Mak Ngah tak bagi seringgit dua kepada tabung TI dan pada ibu arwah Mazwa? Dok ingat tu jika Allah beri duit ringgit berlipat ganda insyAllah mungkin akan cuba hantar jugak la. Tapi jika ekonomi merosot ni berterusan, apakah bisa Mak Ngah berhutang sat pada kalian semua? Minta maaf la, kawan.....terpaksa berdikit buat sementara.
Itu saja la panjang lebar cerita Mak Ngah kali ni. Minta maaf la, rasanya lebih banyak merapu dari biasa...semalam dok berjaga, Allah saja yang tahu baik buruknya. Alhamdulillah, segala apa yang Allah berikan pada ku itu tersangatlah baiknya. Amin.
Wassalamu'alaikum warrahmatullahi wabarakatuh.
Mak Ngah Niza
Tiada ulasan:
Catat Ulasan