Seorang pelajar perempuan mati lemas manakala dua lagi masih hilang sehingga pagi ini apabila jambatan gantung yangmereka lalui secara beramai-ramai untuk menyeberangi Sungai Kampar putus, mengakibatkan 22 murid dihanyutkan air deras.
Menurut The Star 19 lagi murid ditemui selamat. Jambatan tersebut terletak di Pusat Kokurikulum Daerah Kampar dalam kawasan Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang. Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 10.30 malam tadi.
Mereka adalah antara 298 murid dari 60 sekolah rendah dari Kampar, Tronoh dan Batu Gajah yang menyertai aktiviti kokurikulum Perkhemahan 1Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan.
Operasi mencari dan menyelamat melibatkan 222 anggota yang terdiri daripada polis, Tentera Laut Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Rela, Jabatan Pertahanan Awam dan agensi lain serta penduduk kampung dijalankan sebaik kejadian berlaku.
Bernama melaporkan , pelajar perempuan yang lemas itu dikenali sebagai Dina Deve a/p Nathan.Mayatnya ditemui berhampiran loji sungai terbabit pada kira-kira pukul 8.30 pagi. "Mayat telah dibawa ke Hospital Kampar di sini untuk dibedah siasat,"
kata Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof kepada pemberita di kawasan kejadian hari ini. Sumber:Klik
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan