- Peristiwa Tsunami pada Disember 2004 di Kuala Muda Pulau Pinang sudah hampir 5 tahun berlalu.
- Selepas tsunami berbagai-bagai janji ditaburkan dan berbagai-bagai bantuan dijanjikan dan sebahagiannya telahpun dilaksanakan.
- Namun demikian masih terdengar cakap-cakap sumbang di kalangan penduduk di kawasan berkenaan.
- Apalah nasib sebahagian penduduk di kampung berkenaan yang masih belum mendapat bantuan rumah seperti yang dijanjikan. Penduduk berkenaan hanya menumpang di tanah orang ... dan tidak diberikan rumah atas alasan berkenaan.
- Dari cakap-cakap (rintihan) yang didengar dari penduduk di situ (nelayan yang bertaraf pendidikan rendah) ada penduduk yang menyewakan 3 buah rumah mereka sebelum tsunami mendapat gantian rumah sebanyak 3 buah juga .... dan penyewa setiap rumah berkenaan juga diberikan rumah masing-masing ... ada juga individu yang tidak tinggal di kawasan berkenaan juga diberi rumah (sedangkan individu ini hanyalah bekerja di kawasan berkenaan) .... sedangkan terdapat ramai lagi penduduk setinggan (menumpang di tanah orang) yang telah tinggal berpuluh-puluh tahun tidak diberikan hak berkenaan. Mereka tiada tempat mengadu .... hanya mengeluh sesama sendiri.
- Pihak yang bertanggungjawab hanya mengambil maklumat daripada individu tertentu tanpa menyelidik kebenarannya.
- Bukan susah sangat nak dapat maklumat ... pergi ke sana buat bancian / temuramah penduduk .... itu pun susah nak dilakukan oleh pihak berkenaan! Jangan tanya saya maklumat ini betul atau salah! Saya bukan wakil rakyat tapi saya hanya mewakili rakyat!
- Kesian penduduk berkenaan mereka tidak tahu di mana nak mengadu ... nak mengadu kat UMNO ... boleh percaya ke? Nak mengadu kat parti pembangkang .... jawabnya habislah bantuan di tarik balik .... media? tak tahu nak buat macam mana!
- SPRM - pi la jenguk sikit ... jangan dok sibuk siasat lembu saja! Kepada pihak berkenaan pi la turun tengok dan siasat dengan telus dan bukan untuk kepentingan politik dan tembolok masing-masing saja ....
- Ada orang dah dapat dan duduk rumah sendiri ... ada orang dinafikan hak ... mana dia slogan 1 Malaysia Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan .... jangan hanya retorik semata-mata
Untuk mendapat kesahihan cerita ini lu pi la siasat sendiri ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan