Ir. Nizar sah sebagai MB Perak
- Keputusan mahkamah telah keluarkan yang mengesahkan bahawa Datuk Seri Ir. Nizar adalah Menteri Besar Perak yang sah ....
- Tidak timbul soal perletakan jawatan Datuk Seri Zamri sebagai Menteri Besar Perak kerana beliau hanyalah seorang wakil rakyat yang mewakili Pangkor tetapi "berlagak (acting)"sebagai Menteri Besar Perak selama 100 hari
- Yang menjadi persoalannya ialah ... adakah beliau boleh dikenakan tindakan di atas perlakuannya yang mengambil tugas sebagai MB Perak dan melakukan beberapa tindakan drastik tanpa kelulusan MB yang sebenarnya ... contohnya melelong kereta toyota camry kerajaan Perak, memecat ketua kampung dan jkkkn yang dipilih oleh kerajaan Perak?
- Adakah beliau boleh diperintahkan untuk membayar harga kereta proton perdana yang ditempahnya tanpa kelulusan kerajaan negeri Perak yang sah?
- Apakah bentuk tindakan yang boleh dikenakan ke atas beliau? Kalau kakitangan kerajaan boleh dikenakan surcaj.
- Adakah perlakuannya yang memudaratkan negeri Perak boleh dibawa dan diadili di Mahkamah?
- Media tidak seharusnya merujuk beliau sebagai "bekas Menteri Besar"kerana perlakuannya sebagai Menteri Besar Perak hanyalah lakonan semata-mata dan tidak mendapat pengiktirafan rakyat dan mahkamah.
- Kakitangan kerajaan termasuk SUK Perak boleh dikenakan tindakan kerana melanggar arahan MB Perak dengan mengikut arahan Dr. Zamri.
- Persidangan DUN bawah pokok dengan sendirinya sah ... dan keputusan yang dibuat dengan sendirinya sah .... Dr. Zamri serta Exconya digantung dari menghadiri persidangan DUN seperti yang diputuskan dalam persidangan tersebut. Keputusan mahkamah yang menyatakan keputusan menggantung Zamri sebagai tidak sah boleh dicabar di mahkamah.
- Adakah penyingkiran Speaker kerajaan Perak sah? Sedangkan tidak dibuat mengikut peraturan? Dr. Zamri dan exconya yang digantung masih berada dan mengundi dalam Dewan untuk perlantikan Speaker baru?
- Adakah sidang DUN 7 Mei 2009 itu sendiri sah?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan