Khamis, 5 Februari 2009

Bismillah-Assalamualaikum

Astaghafirullahu atubu ilaik. Astaghafirullah 'il aazim.

Mak Ngah tergamam sat hari ni. Allah hu aalam mungkin lemah semangat ka, lagu mana ka?

Ditakdirkan Allah Subhanahuwataala tugas2 membela anak angkat itu alhamdulillah dari mata kasar boleh tahan la sempurnanya, yang tak sempurna tu ialah kegagalan berkomunikasi sebab kami tak reti Arabi, depa tak reti B.Inggeris. Setelah dua minggu dok belai bermanja, dan pi buat fasa 1 surgeri, anak angkat dan ibunya la ni dah lima hari ziarah sahabah orang Mesir nun di balik sana (bukan di kawasan rumah kami). Kena tunggu dua minggu lagi untuk fasa 2 dan 3. Ada 5-6 fasa semuanya, mungkin berakhir bulan Mei/Jun kot. Kesian kat si Roaa.

Budak Roaa tu tak mau balik. Di rumah kami ni 'boring' semedang sebab tak dak apa nak buat bila anak2 ke sekolah dan Yusuf pi kerja. Mak Ngah biasanya heret depa ke masjid, ke klinik, ke kedai runcit, ke pasaraya. Tapi tidak la hari2 sat ni kerja2 rumah dan tugas2 kat sekolah anak2 dara tu tak terkawai pulak dah. Tambah pulak la ni anak2 ku tu ada2 saja program depa kekadang Mama dan anak2 di sekolah sampai lewat jam 5.

Hmm...Roaa punya la boring, dia asyik mengomel semedang sampai mak nya rimaih. Mujurlah semenjak sampai ke sini, Mak Ngah kelilingi mereka berdua dengan ramai teman2 dari kalangan orang Timur Tengah. Alhamdulillah.

Semenjak depa tak ada di rumah ni (next dr. appt ialah Feb 11) Mak Ngah sering ziarah pesakit2 lain yang mai sekali dengan depa (dari Iraq) di hospital. Kekadang pi sebagai penterjemah (sikit2 saja), kekadang sebagai tukang beli barang makanan, kekadang sebagai misi (tolong sikit2 sebab mak depa nak rihat seminit, kekadang sebagai teman bersembang walaupun sepatah kata tak beropa reti. Namun--Allah Maha Mengetahui, boleh la berdikit2 sok-sek2 alhamdulillah.

Seharian gitu la berlari dari rumah ke sekolah anak2, ke ofis Yusuf, ke hospital, dan jika ada masa, pi ziarah teman2 lain yang ada masalah tersendiri. Alhamdulillah. Nak buat camna? Entah kenapa ada bisikan suruh pi sana sini? Macam dituntutNYA, di mana saja pi mesti ada 'tugas' yang diberi. Hmmm....tak dak kerja, saja pi cari kerja kot no?

Cuma hari ni tergamam. Entah kenapa. Mungkin dok asyik memerhati terlalu ramai pesakit di In-Patient Care Unit kot? Ada pesakit2 yang sekecil bayi, yang sebaya anak bungsu Rosli, yang setua isteri Mamu Maee. Macam2 jenih sakit depa. Melecur satu badan, patah tulang sana sini nak bergerak tak boleh, hilang kaki2, hilang tangan2, lumpuh ataih bawah. Kekadang dok dengar raungan dari bilik ke bilik dan tangisan yang tidak berhenti2 dari anak2 kecil.

Gamaknya dok tenguk dan dengar hari2, mungkin semangat jadi lemah. Allah hu'aalam. Pasai entah kenapa dalam dok tengah duduk diam2 dalam kereta, tiba2 menangis terisak2. Astaghafirullah. Mak Ngah kalau jadi gini cepat2 beristighar dan baca ayat Qursi atau Al-'Aala. Dok pujuk diri sendiri: Malu malaikat menenguk, Allah Taala memerhati.

Teringat si Sarah yang Mak Ngah bela hari ni di wad. Dia punya la sakit, dok hok-hek menangis sampai Tok dia pun naik risau. Jadi Mak Ngah nyanyikan lagu nasyid yang biasa dibuat di SMTAS dolu2 ni.

Kemudian nasyid Raihan, lepaih tu tak tau la apa pulak Mak Ngah nyanyi kat dia. Siap dengan lenggang lingguk, terkebil2 budak tu mendengar. Lepaih tu Mak Ngah baca ayat2 Al-Quran. Mak Ngah belai rambutnya dan kucup pipinya. Lama la jugak dok buat gitu.

Nak nangis depan budak tu, tak sampai hati. Dia dah banyak menderita, tak kan nak tenguk orang tua macam Mak Ngah keriyau pulak? Si Sarah ni dilanggar trak Hummer tentera Amerika di Basrah. Pecah usus besarnya dan cacat anggota badan dari paras pinggang ke kaki.

Alhamdulillah selepas nyanyi dan bacaan tu, dia mula diam dan relaks. Sempat Tok nya buat salat (tak tidur selama 2 hari orang tua tu). Bila anak kecil 5 tahun tu tutup mata baru Mak Ngah berundur.

Sarah ni--saluran usus besar udah tertonjol keluar jadi bila dia buang air besar, kena ada beg najis melekat di tubuhnya. Bahagian badan paras bawah tu kena berbalut setelah melalui pembedahan skin graft. Kalau tenguk, pada yang tak biasa, agak ngeri la. Itu yang Mak Ngah tolong sikit2 hari ni pabila ditunjuk dek misi. Tok si pesakit hari ni disuruh dek misi supaya perhati saja agar dia mengerti lagu mana nak bela Sarah bila keluar wad Jumaat sat ni.

Tup, tup...molanya cadang nak ziarah 30 minit saja tapi akhirnya duduk selama hampir 4 jam.

Semalam pun sejam dua dok tolong sorang lagi namanya Israa. Mak dia hari tu pengsan jadi Mak Ngah mai temani takut sat ni dia panik sekali lagi. Anaknya dah dua tiga hari tak mau makan. Asyik menangis kesakitan. Bagi ubat dia ludahkan, minum tak mau. Allah hu la illa ha illa huwa.

Balik rumah. Duduk diam2 sementara anak2 gadis buat homework dan Yusuf belum balik kerja. Teringat kat mak di kampung. Dia dah lama tak angkat talipon, mungkin pi duduk dengan adik di Johor. Teringat kat adik2 di Taiping yang diuji ALLAH. Teringat kat abang di Melaka yang diuji ALLAH. Teringat kat jiran2 ibu yang maikn tua, pak2 dan mak2 penakan di Merbuk di serata tanahair.

Sewaktu tidur, Allah Taala peringatkan Mak Ngah akan si anu dan si ani di kalangan TI. Nak sebut nama2 tak berani sebab biasanya bila mai peringatan dari Allah sebegini rupanya, ditakdirkan Maha Suci Ia---ada2 saja ujian besar kecil yang akan mereka tempuhi. Bukannya nujum, cuma entah kenapa dari kecil sampai tua, ditakdirkan Allah sentiasa Ia memperingatkan Mak Ngah tentang sesiapa saja yang dikehendakiNYA. Allah hu'aalam. Segala Ilmu dan Hikmah milik Allah SubhanahuwaTaala. Mak Ngah ni tak tau apa2.

Cuma, iya lah...nak pi tolong semua orang tidak berdaya. Cuma mengiring dua'a dan seruan pada Maha Esa Allah Maha Mendengar.

Mungkin itu sebabnya tergamam, sebab seluruh jiwa raga dan anggota badan menyeru pada ALLAH Subhanahuwataala. Mungkinkah untuk diperkuatkan iman dan dikurniai kudrat?

Alhamdulillah. Segala apa yang Allah beri itu tersangatlah baiknya.

Wassalamu'alaikum warrahmatullahi wabarakatuh.
Mak Ngah Niza

Tiada ulasan:

Catat Ulasan