Isnin, 8 Disember 2008

UJAR LELAKI, WANITA ITU LEMAH

[TIKedah] ujar lelaki
Sunday, December 7, 2008 2:17 PM
From: 
"Zainil Aziah Zainal Abidin"
To: 
TIKedah@yahoogroups.com


UJAR LELAKI, WANITA ITU LEMAH 


Ujar lelaki, wanita itu lemah 
Ujar wanita, mereka adalah lembut 
Antara lemah dan lembut...besar perbezaannya 
Namun ada yang tidak rela mengakuinya 
Telah ditakdirkan. ..kerana lembut wanita 
Tidak gemar perbalahan.. .kecuali jika terpaksa 
Lalu wanita pun diam 
Diam seolah-olah menerima... 
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan 
Dalam diam, wanita terus terusan bekerja 
Di pejabat sebagai kerani...di rumah sebagai suri 
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari 
Hingga jarum jam tegak bertindih jari 

Lelaki yang mengaku kuat...celik mata sarapan sudah terhidang 
Apabila pulang dari pejabat...di kerusi malas longlai terlentang 
Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak 
Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan TV tidak bergerak 
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak 
Menyapu sampah, mengemas rumah yang berselerak 
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak 
Berehat, menonton TV sambil tergelak 

Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa 
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju 
Kakitangan semua digerakkan dengan laju 
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu 
Sebelum solat Maghrib untuk sujud...menyembah yang Satu 
Makanan dihidang selepas solat 
Selesai kerja rumah, anak-anak diajar mengaji 
Sedang suami tersadar semula seperti tadi 
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji 

Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan 
Lelaki terpelajar celik hati...ingin menghapuskan diskriminasi 
Lantang membela nasib wanita...
Memberi kesedaran supaya segera bangkit 
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adap tradisi 

Hukum agama telah terpapar 
Tugas suami mengemas rumah, menjaga anak 
Membasuh pakaian, menyediakan makanan 
Jika suami tidak terdaya melakukannya 
Seorang pembantu wajar disediakan 
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan 
Tidak mampu menerima perubahan 
Rela bertahan bagaimana jua 
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati 

Dalam diam 
Wanita yang sering dianggap lemah 
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan 

Kekayaan yang paling kaya ialah AKAL, 
Kemiskinan yang paling besar ialah JAHIL, 
Keburukan yang paling hodoh ialah SESAT 

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, 
Jika diri tak seindah SULAIMAN, 
Mengapa mengharap kasih setulus ZULAIKHA, 
Jika diri tak setampan YUSUF, 
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM, 
Jika tak sekuat SARAH, 
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH, 
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W, 

Tak guna Ada MATA kalau tak dapt MELIHAT, 
Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI..... .  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan